Wednesday 27 July 2011

"Special Sceince Day 2011" di Pusat Sains Negara

26 Julai 2011 - Seramai 40 murid tahun 5 dan 6 telah mengadakan lawatan ke Pusat Sains Negara bersempena Special Sceince Day 2011. Lawatan ini anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Panitia Sains dan Sub Unit HEM-Kebajikan Murid.  Guru yang turut serta dalam lawatan ini ialah Puan Isrosnaizah Ishak, Encik Muhammad Azlan Shah Khalid dan Puan Hasimah Idris.
Sepanjang lawatan ini murid-murid telah berkesempatan mengikuti beberapa akiviti seperti robodance, helikopter kertas, origami, daya dan kepantasan dan lain-lain.